Pencarian Asrul Nizam diteruskan, fokus di tebing sungai dan kawasan runtuhan.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun semalam.
Mereka dibawa ke Friendship Bridge ke-2 di Mae Sot untuk tujuan tapisan sebelum dibawa ke Malaysia.
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan kini menguruskan urusan kepulangan mereka ke tanah air.
Tiga rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi di Aceh atau Sumatera Utara sejak 27 November. Konsulat Jeneral Malaysia giat menjejaki lokasi mereka.
Seorang rakyat Malaysia hilang di Padang Panjang, Sumatera Barat akibat banjir dan tanah runtuh; Kementerian Luar pantau operasi SAR.
Semua perwakilan diplomatik Malaysia di rantau berkenaan kini giat berusaha bagi memastikan pembebasan segera dan selamat semua peserta
Kementerian Luar memaklumkan bahawa semua 15 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) pada Khamis berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Wisma Putra menegaskan tuntutan itu turut merangkumi pelepasan kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Tropika Opong selepas sebelum ini dibadai Taufan Super Ragasa, menurut Kementerian Luar pada Jumaat.
Wisma Putra mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas atau terlibat dalam protes berkenaan
Malaysia mengecam kenyataan terbaharu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang mempropagandakan visi peluasan wilayah haram dikenali sebagai “Greater Israel”.
PUTRAJAYA, 18 JUN: Semua rakyat Malaysia di Iran yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dilaporkan selamat berdasarkan maklumat terkini, menurut Kementerian Luar.
PUTRAJAYA, 17 JUN: Semua rakyat Malaysia yang berada di Iran diseru agar meninggalkan negara itu dengan serta-merta susulan situasi keselamatan yang semakin tegang selepas tindakan agresif Israel terhadap Iran.
PUTRAJAYA, 14 JUN: Malaysia mengeluarkan nasihat perjalanan ke Iran, Iraq dan Jordan susulan ketegangan antara Iran dan Israel dengan menggesa rakyatnya menangguhkan perjalanan tidak penting dan mengutamakan keselamatan.
PUTRAJAYA, 3 MEI: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington memantau rapat situasi selepas cuaca buruk melanda New Zealand, khususnya di wilayah Wellington dan Canterbury.
PUTRAJAYA, 23 APRIL: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Istanbul, Turkiye, pada Rabu, menurut Kementerian Luar.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Menteri-menteri Luar ASEAN menyampaikan ucapan takziah serta simpati mendalam kepada rakyat Myanmar dan Thailand susulan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Malaysia menggesa rakyatnya di Sudan Selatan agar mengutamakan keselamatan dan segera meninggalkan negara itu susulan peningkatan risiko, sementara penerbangan komersial masih beroperasi.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kementerian Luar Negeri memperkenalkan logo halal negara ASEAN menerusi video ringkas di platform TikTok, bagi memudahkan pengguna Muslim mengenali logo sah dan dipercayai ketika melancong ke negara jiran.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.